Kamis, 04 Oktober 2012

Free Download Picasa V.4 terbaru 2012 Full Version



                  Saya sangat suka mengambil gambar. Walaupun dulu hanya mampu pinjam kamera kawan, saya akan tangkap gambar bila sahaja ada peluang. Bila gambar dan foto bertambah banyak di dalam komputer, saya mula mencuba pelbagai perisian untuk menguruskannya seperti ACDSee, FastStone Viewer, dan beberapa perisian yang lain. Namun saya sentiasa mencari perisian yang baru kerana ianya masih belum memuaskan hati saya.
Kini pencarian saya berakhir apabila saya berjumpa dengan Picasa ^^

Paparan Picasa yang amat mesra pengguna memudahkan saya untuk menggunakan perisian ini. Fungsi Picasa yang paling menonjol berbanding perisian yang lain ialah, ia dapat memaparkan kesemua foto yang terdapat di dalam komputer kita dalam satu “muka surat” sahaja. Kita cuma perlu skrol dari atas sampai ke bawah untuk melihat kesemua imej tersebut.
Picasa juga turut mempunyai fungsi pengubahsuaian imej yang asas seperti crop, rotate, dan red eye correction. Apa yang menarik tentang fungsi pengubahsuaian dalam Picasa ialah, imej asal tidak terjejas. Pengubahsuaian hanya berlaku dalam Picasa sahaja, melainkan jika anda memilih untuk mengubah imej asal itu sekali.

Ada lagi ciri-ciri menarik dalam Picasa:
  • Tandakan foto kegemaran dengan bintang. Dengan ini, anda boleh melihat koleksi foto anda yang terbaik dengan mudah
  • Buat album untuk kategorikan foto – foto anda. Satu gambar juga boleh berada dalam banyak album, tanpa menggunakan lebih ruang dalam hard disk.
  • Eksport gambar – gambar pilihan ke folder lain. Ini berguna apabila anda hendak salin foto – foto yang telah diubahsuai ke dalam folder lain, tanpa menjejaskan imej asal.
  • Fungsi butang ‘hold’ sangat berguna apabila memilih gambar. Ia mengelakkan anda tertinggal gambar apabila membuat pilihan.
Bagi yang mau aplikasi Picasa ini silahkan aja langsung dwonload dilink dibawah ini :

Link Download By Ziddu
Laporkan jika link download bermasalah




 Tolong Tinggalkan Komentar Demi Kelasungan Blok Ini .. Terima Kasih

2 komentar:

Translate